Wednesday 13 April 2011

Keluargaku di UTHM..

Assalamualaikum semua...
tibe2 mlm ni deq_bunk rse bosan sgt n xtau nk wtpe dgn keadaan hidung yg tersumbat ni..=__=
dan tibe2 kat fikiran t'lintas nk wat satu post tentang keluarga baru deq_bunk kat UTHM ni yang deq_bunk gelarkan sebgai Keluarga La Tahzan..huhu..
sebenarnya dah lame nak wat tapi mlm ni baru berkesempatan untuk buat di samping nak hilangkan rasa sedih dan stress yg sedang menyelubungi diri deq_bunk skrg ni..sob sob T_T

So,sebagai muqaddimahnya deq_bunk nk perkenalkan ahli keluarga La Tahzan yang pertama iaitu :

Yang ni namanya Khairul Azwa Syafiq bin Md Sumandi..org ramai pggl dyer Azwa termasuk juge deq_bunk..azwa ni merupakan seorang yg berciri2kan seorang pemimpin Islam yg pandai menghujah2kan segala fakta2 mengenai Islam..ap yg deq_bunk suke pd diri dyer iailah dyer ni suke menghafal doa2 pendek then tau serba sedikit tntg Islam....ap2 je yg mengenai Islam ke kdg2 deq_bunk tny pd dyer..almaklumlah deq_bunk ni muke je harap suci tp bab2 agma kureng cket..huhu..(^_^)
bagus jugak ada azwa ni kan..dyer seorang yg berani taok!bole nk dikatakan setiap mlm la deq_bunk ajak dyer teman p toilet berus gigi,,cuci muke n ambil wuduk+buang hadas..lalalaal~
upss!kantoi sudaaa~~~
thnks azwa jd kwn deq_bunk n jd sebahgian drpd keluarga La Tahzan...
semoga anda berjaya dan terus bejaya k!jgn sesekali berptutus asa k..chayok2!!

yang segak berkaca mata ni plak namanya Rafiq Hazman bin Roslan..nak cter pasal si Rafiq ni dyer ni seorang yg manja terutamnya dgn deq_bunk n azwa..almaklumlah kami ni abg2 dyer kan..kat spe lg nk b'mnje klau bukan ngn kami..dyer kate dyer ta pandi majuk ngn macikk nya so that's y la dyer prefer to majuk ngn kami abg2ny...^_^bagus rafiq bagus itu!!hee...ap yang menaraik tentang si rafiq ni kan dyer pndi maen beberapa jenis alat muzik sprti kompang,gitar n violent ea?kowt...haha..dyer ni juge sgt kreatif orgny tp mslhny dyer ta tau mcm mne nk tunjukn pd org yg dyer seorg yg kreatif kerna sifat  pemaluny tlh menutup kelebihan yg ada pd diriny tu...rafiq ni juge seorng yg pendiam.,klau dlm kelas tu senyap je..hobby dyer iailah tido!!ta tdo gayut ngn macikk dyer kt tepon..haha..plus maen setan..(mesetan)haha...susah kalau nk bangkit dari tido..sggup ponteng kelas semata2 nk layan tidorny tu..haish!rafiq2....walaupun mcmtu tp dye ni seorg yg sgt syg2kn adeq2ny..kasih sygny pd adeq2ny tdk berbelah bagi kerana dyerla yg sulong dlm keluarganya dan dyerla yg membantu mamany dlm membesarkan adeq2nya sejak ketiadaan ayahnya..so rafiq tahniah kerana anda telah menjadi abg yg mithali...so teruskan dgn altitude seperti itu rafiq..abemu ini mendoakan mu..LOVE u DeQ~~~

kawan deq_bunk yang ni Ibrahim namanya..Ibrahim seorg kawan yg sgt periang n sentiasa ceria..sgt bagus la dyer ni!jarang2 nk mrh or moody..suke la kwn ngn dyer ni..then,dyer ni kan seorg yg rajin..dyer kate cte2 dyer nk keje ngn ayah dyer..ayh dyer seorg kontrakor..ui..bnyk duit kowt dyer ni..mmg bnykla!huhu..ap2 je call je ayh dyer klau ad mslh..manje kowt~~haha =__=
org pggl dyer aeim n ibeh...ap ntah mksd ibeh tu pun deq_bunk tatau..tp ap pun unik jugak la name tu..huuu~
aeim ni da ad yg puny taok..cinta di IPTA..haha..romantik gtuh...haha...
seseksyen lagi tu..haha...tp ap pun deq_bunk ucpkn semoga berbahgia la ea..smpi ke akhir hayat..hee
khwin nnty jgn lupe jmput aku yer aeim..hihi..
p/s deq_bunk utk aeim semoga sukses2 selalu n ceria2 selalu yerk..!kawan selamanya k..^_^

yang ala2 ultraman ni namanya Qutaibah!!kat facebook nme dyer Qutai Vetolyna..walamak!!ap mksd veto deq_bunk pon tatau..=__=
ermm...deq_bunk pggl dyer qutai jewp..qutai ni seorg yg simple tp terlalu taksub dgn wrne pink!haa...
selaluny gurl2 je mnt pink tp yg ni laen cket,,,boy pon ad addicted ngn pink taok!itulah dyer qutaibah...^__^
qutai ni jugak seorg yg pndai...ad otak..diam2 berisi katanya..haha
tapi dyer ni kan kuat berahsia orgnya..so,,klau nk share ap2 kene pkir 1000kali kot dyer ni..haha...mmmtah la qutai ni...qutai..qutai..ap2pun anda seorg kawan yg bole dikategorikan sebagai seorg kawan yg baek..tahniah!walaupun anda sering disakiti tp anda tetap setia dgn kawan anda..lalalaal..hahah...
saja nk uji anda qutaibah...hehe...
p/s deq_bunk utk qutaibah jgn terlalu berahsia k..hahaha..(guwau2 jep)..n satu lg redah je k!!mksdny buat je ap yg ko nk buat..goodluck babeh!!hahah
haha..yg mulut senget2 ni nme dyer Abdul Qaiyum..dyer ni roomate deq_bunk..1st org yg deq_bunk kenal mse hari pndftaran mse bulan 1 hari2 dyer nila..dyer tegur deq_bunk...dyer ni kan nmpk mcm gangster tp dlm hati ada taman...kui3....kuat terkezut kowt~~~ =__=
dyer ni susah deq_bunk nk faham..kawan2 laen pun xbpe nk faham ngn dyer ni gak...kui3..
hurm,,,kalau ckp pasal awek?haaa..dyer no.1 taok!!hahaha....fon sentiasa di tangan..xpernh renggang..langsong!hahaah...guwau2 yer qai...^_^
qaiyum ni punya harapan yg besar...harapan dyer y ta tercapai2 smpi skrg ni nk ada badan ketul2 mcm a.samad said!eh2..silap2!!mcm sazali samad..haha..lebih kurg la tu kan....:)
dyer ni jugak la tmpt bergadoh deq_bunk!haha..nk bole dikatakan hari2 la asyik b'gadoh mulut je..hahaah...
semua tu pasti akn deq_bunk rindukan...
kdg2 deq_bunk pnjm brg dyer..kdg2 dyer pnjm brg deq_bunk..itupun jrang2 laa sebabny deq_bunk ni agak kedekut..hahaha...memang tabiat deq_bunk laa...sory yer qaiyum kalau aq xdpt jd roomate terbaek utk ko...sob sob T_T
ap pun qaiyum aq sentiasa doakn utk korg2 semua k...
p/s untuk qaiyum drpd deq_bunk jgn asyik dgn fon je...study!study!jgn lupe k...chayok2!!^_^

Saudaraku


Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

Menangislah...


Assalamu'alaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.